PENGENALAN
Kami telah diberi tugasan oleh pensyarah kami
iaitu Encik Oummar dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia MPU 3123 dalam
"Menganalisis Hikayat dan Filem". Kami telah memilih filem Anak
Buloh Betong dan kami mendapati penceritaan di dalam filem tersebut telah
dipetik melalui Hikayat Merong Mahasiswa. Di bawah ini kami sertakan sinopsis
bagi hikayat dan filem Anak Buloh Betong.
SINOPSIS ANAK BULOH BETONG DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Kisah bermula
apabila Raja Phra Ong Mahaputisat pergi berburu dengan Menteri Kelahum dan
terlihat ada sebuah rumah yang didiami oleh pasangan suami isteri. Di sekitar
kawasan rumah pasangan tersebut Raja dan hulubalang ternampak pula akan
sebatang buluh yang mempunyai betung di dalam rimbunan pokok buluh itu. Apabila
Raja Phra Ong Mahaputisat melihat buluh betung itu, mula timbul rasa kasih
terhadapnya lalu membawa pulang buluh betung tersebut ke istana. Tidak lama
selepas itu, isteri Raja Phra Ong Mahaputisat hamil dan dikurniakan seorang
anak lelaki yang diberi nama Raja Phra Ong Mahawangsa. Hari demi hari berlalu,
buluh betung yang diambil ketika berburu itu semakin membesar dan ia pecah.
Maka, keluarlah seorang bayi lelaki dalam buluh betung tersebut dan ia diberi
nama Raja Buluh Betung. Kasih sayang yang diberikan oleh Raja Phra Ong
Mahaputisat terhadap anak buluh betung tersebut sama seperti anak kandungnya.
Namun begitu, kelahiran anak buluh betung ini tidak disukai oleh Menteri
Berempat kerana buluh betung tersebut dijumpai di kawasan takhta Raja Bersiung
suatu ketika dahulu yang dikenali sebagai raja yang kejam dan zalim.
Ada pula, isteri kepada Raja Phra Ong Mahaputisat ini terjumpa seorang budak perempuan yang hanyut daripada Sungai Kuala Muda kemudian isterinya mengambil budak tersebut menjadi anak angkat dan menamakannya Puteri Seluang. Kedua-dua anak lelaki Raja Phra Ong Mahaputisat diajar bermain senjata, saling bertikaman di atas kuda sesama mereka sehingga mereka menguasai hal ini. Hari berganti hari, isteri Raja Phra Ong Mahaputisat jatuh sakit dan meninggal dunia dan diikuti oleh Raja Phra Ong Mahaputisat dalam tempoh beberapa tahun berikutnya. Sebelum Raja Phra Ong mangkat, beliau telah mengarahkan anaknya iaitu Raja Phra Ong Mahawangsa menjadi Raja Kedah manakala Raja Buluh Betung bernikah dengan Puteri Seluang dan menjadi raja di Hulu Sungai Besar ke hilir Sungai Padang Terap. Ketika tempoh Raja Phra Ong Mahawangsa menjadi Raja Kedah, beliau gemar menghabiskan masa dengan minum arak. Raja Buluh Betung dan isterinya pula dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Megat Zainal. Terdapat suatu pergaduhan besar antara Raja Buluh Betung dan empat saudara yang datang menceroboh kawasan beliau. Dalam pergaduhan tersebut, berlakunya kecederaan di lengan Raja Buluh Betung. Lukanya itu makin hari makin parah dan akhirnya Raja Buluh Betung kembali ke bentuk asal iaitu kembali menjadi buluh betung.
SINOPSIS
FILEM ANAK BULOH BETONG
Cerita ini
mengisahkan mengenai seorang Raja yang
pergi berburu bersama hulubalangnya. Raja itu dipanggil Raja Bangkahulu kerana
merupakan pemilik kerajaan Bangkahulu.
Pada masa yang sama dalam perjalanan mereka terdengar bunyi bayi
menangis. Setelah diteliti di dalam hutan tersebut, mereka mendapati bunyi itu datangnya daripada sepohon
buluh. Dan apabila ditetak buluh itu,
keluarlah seorang bayi lelaki lalu dibawa pulang ke istana. Maka teramat
giranglah Raja dan Ratu Ratnasari yang merupakan permaisuri bagi kerajaan
Bangkahulu. Ini kerana mereka sudah lama menginginkan zuriat.
Namun yang demikian, setelah ditilik oleh isteri Panglima Halilintar yang juga merupakan bomoh pada ketika itu iaitu Datin, menurut pandangannya anak yang dibawa itu akan membawa malang kepada Raja dan Ratu Ratnasari. Dalam masa yang sama anak yang dinamakan Rangkas itu kerap menangis bermula sampainya ke istana dan sangat merungsingkan hati kedua-dua pasangan ini.
Datin lalu mendapat idea supaya diambil air di buluh di mana anak itu diambil untuk diberikan kepada Rangkas. Setelah berbuat demikian, anak itu tidak lagi berterusan menangis dan mulai saat itulah Rangkas hanya meminum air melalui buluh yang didiaminya. Dengan kekuasaanNya, apabila Permaisuri mengadu keadaan kesihatannya tiba-tiba terganggu, lalu apabila diperiksa baginda Permaisuri telah hamil genap dua bulan. Maka teramat giranglah hati Raja dan Ratu.
Namun yang demikian, setelah ditilik oleh isteri Panglima Halilintar yang juga merupakan bomoh pada ketika itu iaitu Datin, menurut pandangannya anak yang dibawa itu akan membawa malang kepada Raja dan Ratu Ratnasari. Dalam masa yang sama anak yang dinamakan Rangkas itu kerap menangis bermula sampainya ke istana dan sangat merungsingkan hati kedua-dua pasangan ini.
Datin lalu mendapat idea supaya diambil air di buluh di mana anak itu diambil untuk diberikan kepada Rangkas. Setelah berbuat demikian, anak itu tidak lagi berterusan menangis dan mulai saat itulah Rangkas hanya meminum air melalui buluh yang didiaminya. Dengan kekuasaanNya, apabila Permaisuri mengadu keadaan kesihatannya tiba-tiba terganggu, lalu apabila diperiksa baginda Permaisuri telah hamil genap dua bulan. Maka teramat giranglah hati Raja dan Ratu.
Maka hari
berganti hari, Rangkas menjangkau usia remaja dan menjadi anak Raja yang hidup
dalam suasana mewah dan sungguh selesa. Kehidupannya dikelilingi para gundik dan berseronok bersama teman-temannya.
Raja dan Ratu bertambah sayang pada Rangkas, sehinggakan apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, Permaisuri lebih mempercayai anaknya berbanding orang suruhannya.
Anak kepada Panglima Halilintar dalam keadaan menangis teresak-esak datang kepada Raja dan Ratu dan mengatakan bahawa dirinya telah diperkosa oleh Rangkas yakni anak mereka. Namun yang demikian, kerana terlalu mengasihi, aduan itu hanya tinggal omongan kosong sahaja. Sehinggakan suatu ketika, Raja dan Permaisuri didatangi oleh sahabat baik Raja iaitu Orang Kaya dalam keadaan kesakitan yang terlampau bersama para hulubalang istana memaklumkan bahawa kecederaannya ketika itu adalah disebabkan perbuatan Rangkas yang ingin mendapatkan isterinya. Mendengar aduan tersebut, maka berubahlah pendirian Raja lalu bersegera mendapatkan anaknya Rangkas dan apabila sampai kepadanya, anaknya ingin melakukan perbuatan tidak baik kepada isteri Orang Kaya. Raja teramatlah marah lalu menghalau Rangkas keluar dari istana. Rangkas berasa tidak berpuas hati kerana tidak lagi dapat merasai kemewahan seperti sediakala lalu melarikan diri ke hutan tempat dirinya dijumpai. Dalam pada ketika itu, dia telah menjumpai seseorang yang mengakui bapanya dan diberi kuasa ilmu kebal namun yang demikian syarat yang dikenakan adalah Rangkas tidak boleh sesekali berlawan dengan Panglima Halilintar.
Raja dan Ratu bertambah sayang pada Rangkas, sehinggakan apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, Permaisuri lebih mempercayai anaknya berbanding orang suruhannya.
Anak kepada Panglima Halilintar dalam keadaan menangis teresak-esak datang kepada Raja dan Ratu dan mengatakan bahawa dirinya telah diperkosa oleh Rangkas yakni anak mereka. Namun yang demikian, kerana terlalu mengasihi, aduan itu hanya tinggal omongan kosong sahaja. Sehinggakan suatu ketika, Raja dan Permaisuri didatangi oleh sahabat baik Raja iaitu Orang Kaya dalam keadaan kesakitan yang terlampau bersama para hulubalang istana memaklumkan bahawa kecederaannya ketika itu adalah disebabkan perbuatan Rangkas yang ingin mendapatkan isterinya. Mendengar aduan tersebut, maka berubahlah pendirian Raja lalu bersegera mendapatkan anaknya Rangkas dan apabila sampai kepadanya, anaknya ingin melakukan perbuatan tidak baik kepada isteri Orang Kaya. Raja teramatlah marah lalu menghalau Rangkas keluar dari istana. Rangkas berasa tidak berpuas hati kerana tidak lagi dapat merasai kemewahan seperti sediakala lalu melarikan diri ke hutan tempat dirinya dijumpai. Dalam pada ketika itu, dia telah menjumpai seseorang yang mengakui bapanya dan diberi kuasa ilmu kebal namun yang demikian syarat yang dikenakan adalah Rangkas tidak boleh sesekali berlawan dengan Panglima Halilintar.
Setelah
kembali berkuasa, Rangkas kembali ke istana dan meneruskan kesukaannya iaitu
menggauli perempuan-perempuan cantik sehinggakan apabila suatu hari Rangkas
telah bertindak untuk menetak tangan ayahnya di hadapan para hulubalang
kerana tiada siapa yang boleh mencederakannya melainkan Panglima Halilintar.
Dalam ketika itu, ramai mendapati Panglima Halilintar telah meninggal dunia.
Namun Datin yang merupakan isteri kepada beliau telah merahsiakan hal tersebut
dan menggantikan mayat itu dengan orang lain untuk mengaburi orang-orang
Rangkas. Dalam masa yang sama, setelah Panglima Halilintar berjaya diubati
mereka terus membawa Raja dan Permaisuri keluar dari istana untuk merawat
kecederaan Raja yang semakin lemah keadaannya. Namun demikian, tidak berapa
lama, Raja pun mangkat. Maka dukacitalah Permaisuri , Panglima Halilintar dan
isterinya. Tak lama kemudian, Ratu Ratnasari selamat melahirkan. Anak lelaki
yang berdarah Raja itu diberikan nama Tengku Bujang Jauh dan dirahsiakan
identitinya dikhuatiri Raja Bangkahulu yang dirampas takhtanya oleh Rangkas
mengetahui keadaan tersebut. Tengku Bujang Jauh diajar seni mempertahankan diri
di sebuah kampung yang terpencil.
Rangkas
memerintah kerajaan Bangkahulu. Rangkas menyatakan hasratnya kepada anak-anak
buahnya untuk merisik puteri raja di Tanjung Karang yang bernama Puteri Mayang
Mas. Berita tersebut telah sampai kepada Raja dan Permaisuri di Negeri Tanjung
Karang. Raja dan Permaisuri meminta persetujuan daripada Puteri Mayang Mas
untuk menerima atau menolak pinangan daripada Rangkas. Namun Puteri Mayang Mas
menolak kerana mengetahui akan keturunan Rangkas yang berasal dari buluh betung
akan tetapi demi menyelamatkan Negeri Tanjung Karang daripada ancaman Rangkas
mereka menerima pinangan tersebut dengan membuat satu helah. Pada suatu hari,
Rangkas telah menghantar Panglima Toba untuk memberi hadiah kepada Puteri
Mayang Mas sebagai tanda pertunangan pada masa yang sama Puteri Mayang Mas
telah digantikan dengan seorang gundik istana akan tetapi Panglima Toba
mengetahui hal tersebut. Panglima Toba mengugut gundik tersebut supaya
memberitahu di mana keberadaan Puteri Mayang Mas. Oleh hal yang demikian,
setelah mengetahui perkara yang sebenar Panglima Toba dan anak buahnya
meneruskan perjalananan ke Kampung Buting untuk memburu Puteri Mayang Mas.
Semasa keberadaan Puteri Mayang Mas di kampung tersebut, Puteri telah menyimpan
perasaan terhadap Tengku Bujang Jauh dan begitulah sebaliknya. Setibanya Panglima
Toba di Kampung Buting dan mendapati Puteri Mayang Mas bersama seorang lelaki
berada di pantai kemudian langsung terus menyerang mereka. Akhirnya, Panglima
Toba dan rakan-rakannya dapat ditewaskan oleh Tengku Bujang Jauh dan Puteri
Mayang Mas. Berita tentang kematian Panglima Toba dan rakannya telah menjadi
buah mulut penduduk Kampung Buting namun Rangkas tidak mengetahui perkara
tersebut.
Pada suatu malam, telah diumumkan
perkahwinan antara Rangkas dan Puteri Mayang Mas di singgah sana kerajaan
Tanjung Karang. Semasa pengumuman tersebut Mangka Bumi menggunakan gelaran
Tengku terhadap Rangkas akan tetapi Rangkas membantah dengan mengatakan bahawa
dia adalah Raja namun Mangka Bumi berkata Rangkas adalah raja yang belum
dinobat dan didaulat oleh rakyat dan menduduki singgahsana secara paksa.
Seterusnya, Tengku Bujang Jauh telah membaling tombak di dada Rangkas tetapi
tidak cedera kerana Rangkas memiliki ilmu kebal.
Maka bermulalah pertarungan antara mereka. Tengku Bujang Jauh telah mencantas tangan Rangkas dan tangannya bertukar menjadi buluh.
Setelah itu, Rangkas melarikan diri ke hutan untuk
mencari penawarnya akan tetapi buluh tersebut telah dibakar oleh Panglima
Halilintar terlebih dahulu. Akhirnya, Rangkas tewas di tangan Panglima
Halilintar.
PERBANDINGAN PENCERITAAN ANAK BULOH BETONG DALAM FILEM DAN HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
1) Permulaan kisah melalui penceritaan di dalam filem Anak Buloh Betong dan Hikayat Merong Mahawangsa adalah sama dari sudut raja dan hulubalangnya pergi berburu di sebuah hutan. Berdasarkan filem, ketika sedang berburu raja terdengar tangisan bayi lalu mendapati bunyi tersebut datangnya daripada sepohon buluh lalu menetak pohon buluh betung tersebut dan menemui seorang bayi lelaki dan membawa pulang ke istana. Bayi lelaki tersebut dinamakan Rangkas. Di dalam hikayat pula, raja terlihat betung di rimbunan pokok buluh dan mula timbul rasa kasih terhadap betung tersebut lalu membawa pulang betung tersebut ke istana. Hari demi hari berlalu, betung yang diambil itu semakin membesar dan ia pecah lalu keluarlah seorang bayi lelaki dan dinamakan Raja Buluh Betung.
Jumpanya bayi di buluh betung
Jumpanya bayi di buluh betung
2. Mengikut
jalan cerita filem, Ratu Ratnasari disahkan hamil selepas Rangkas sudah remaja
manakala di dalam hikayat isteri Maharaja Phra Ong Mahaputisat disahkan hamil
setelah menemui buluh betung tersebut. Di dalam filem, anak kandung mereka
dinamakan Tengku Bujang Jauh manakala di dalam hikayat diberi nama Maharaja
Phra Ong Mahawangsa.
3)Di dalam filem, Datin yang merupakan isteri kepada Datuk Panglima Halilintar juga seorang bomoh pada ketika itu telah menilik dengan mengatakan bahawa anak betung yang dibawa itu akan membawa malang kepada raja dan permaisuri. Di dalam hikayat pula, kelahiran anak buluh betung itu tidak disukai oleh Menteri Berempat kerana buluh betung tersebut dijumpai di kawasan takhta Raja Bersiung suatu ketika dahulu yang dikenali sebagai raja yang kejam dan zalim.
Tukang Tilik
4) Selain itu, di dalam filem, Tengku Bujang Jauh dilatih seni mempertahankan diri di sebuah kampung Buting untuk membalas dendam atas kematian ayahandanya manakala di dalam hikayat pula kedua-dua anak lelaki raja tersebut diajar bermain senjata, saling bertikaman di atas kuda sesama mereka sehingga mereka menguasai seni mempertahankan diri ini.
Bujang Jauh belajar seni pertahanan diri
Bujang Jauh belajar seni pertahanan diri
5) Seterusnya, watak di dalam filem Rangkas merupakan seorang yang antagonis dan kasanova berbanding di dalam hikayat Raja Buluh Betung merupakan seorang yang taat terhadap ibu dan bapanya apabila beliau menurut arahan bapanya supaya mencari kawasan untuk ditakluki.
Sikap Rangkas
Sikap Rangkas
6) Menurut jalan cerita filem, Tengku Bujang Jauh merupakan seorang yang baik hati dan gagah perkasa berbanding di dalam hikayat. Semasa Maharaja Phra Ong Mahawangsa menjadi raja Kedah, beliau merupakan seorang kaki botol dan sering mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyatnya.
Bujang Jauh yang gagah
7) Pengakhiran cerita di dalam filem ini adalah berlakunya pertelingkahan antara Tengku Bujang Jauh dan Rangkas. Tengku Bujang Jauh bertindak mencantas tangan Rangkas lalu tangan tersebut berubah menjadi buluh. Rangkas melarikan diri ke buloh betong untuk mendapatkan air betung akan tetapi buloh tersebut sudah dibakar. Rangkas tewas di tangan panglima Halilintar. Pengakhiran cerita di dalam hikayat pula, Raja Buluh Betung telah di baling lembing oleh salah seorang saudara empat saudara yang datang menceroboh kawasan beliau. Dalam pergaduhan tersebut, berlakunya kecederaan di lengan Raja Buluh Betung. Lukanya itu makin hari makin parah dan akhirnya Raja Buluh Betung kembali ke bentuk asal iaitu kembali menjadi buluh betung.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kami mendapati
penceritaan dalam filem Anak Buloh Betong tidak mengambil secara menyeluruh
penceritaan yang terdapat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Watak dan perwatakan
sebahagiannya telah diubah untuk menjadikan filem tersebut lebih menarik
mengikut peredaran zaman. Ianya lebih kepada memberikan pengajaran dan iktibar
buat masyarakat masa kini.
LAMPIRAN
Rujukan buku Hikayat Merong Mahawangsa
Daun pandan daun selasih
Sekian, terima kasih.
Ahli kumpulan :
1. Wardah binti Kamis (I16301640)
2. Nurul Aimuni bt Ahmad Termizi ( I16101196)
3. Natassha bt Mahamad Shahimi (I16301686)
4. Aisyah binti Basir (I16101108)
5. Hazwani Husna bt Zakir ( I16301726)
6. Nurfarhana bt Mohd Nadzari ( I15200791)